Saturday, 20 July 2013

Puasa

Salam komrad komisar semua.

Berhabuk sampai bersawang dah blog ni. Ni perihal si pemalas lah ni. Suka buat kerja separuh separuh lepastu tinggalkan. Tabiat lama sukar dibendung. Papehal aku nak ucap Selamat Berpuasa kepada semua manusia Islam kat dunia ni walaupun tak seluruh dunia baca blog aku ni. Sedih. Takpelah yang penting hati aku yang menyampaikan secara bingkas dan hermat.

Setakat hari ni dah 12 hari masuk bulan Ramadhan mulia ni. Alhamdulillah penuh lagi. Aku bukan macam diri aku yang dulu time aku sekolah menengah apa semua tu. Sekarang aku dah boleh fikir baik buruk. Dulu jangan kata buruk, dajal pun boleh kot. Yelah kan. What do you expect bila kita berpuasa time kat Asrama? Puasa penuh ? Kelakarlah anda ini. Ingat bulan Ramadhan ni semua syaitan diikat ke ? Yakin dan pasti ? Anda silap. Kat asrama tu antara syaitan syaitan yang terlepas bulan puasa ni. Walaupun fizikal menyerupai manusia berwajah aneh, tapi dalam hati ada kubur. Kalau orang baik dalam hati ada taman kan. Ni ada kubur. Keje menghasut orang je. Tak sah lah kalau time tidur pepetang tu ada je orang sumbat roti ke biskut dalam mulut. Nak taknak kena kunyah terus. Nak luahkan bazir pulak kan ? Telan terus. Korban satu hari puasa. Perangai serupa dajal bawah tanah.

Tapi yang syoknya puasa sejak akhir akhir ni takde pulak rasa lapar ke rasa nak korek hidung dan organ yang lain. Langsung tak lapar. Mulut pun bau kasturi je manjang. Atau mungkin sebab puasa ni aku busy sikit buat kerja. Tu yang tak fokus kat lapar tu. Tapi kalau kat kolej tu batu batu kat jalan tu pun aku bayangkan kismis nenas. Dengan panaih teriknya. Bahangnya perghh. Rasa nak terjun tiruk masuk kolam. Kolam renang takde, kolam najis pun boleh. Tapi aku tak sepengotor itu tahu.

Harini pulak Family aku gi Keyel berbuka dengan akak aku sana. Aku ni bukan taknak ikut. Tapi esoknya Senin aku ada kelas. Aku bukan nak tunjuk baik ke hape. Tapi aku dah berikrar Sem ni aku taknak ponteng langsung. Baik kan aku ? Puih. Pakal je tengah awal awal Sem ni. Tapi aku suka duk rumah sensorang. Sangat syok. Buat apa pun orang tak nampak.ekeke. Fikir apa ? Aku tak buat benda noti noti okay. Aku akan bersiar siar keliling Batu Pahat dengan baby sayang aku namanya Ellysa. Namanya cantik seperti tuannya. Comel angat. Selama ni dia yang teman aku kesana kemari kumari. Tanpa dia aku tak boleh bersiar macam orang gila dapat duit. Bolehlah aku pergi bazaar buat pertama kalinya dalam Ramadhan tahun ni. Macam macam aku nak borong. Dah ada wish list dah. Duit ada semua jalan.hehe

Haish dah lah. Penat aku taip pepanjang. Puasa woi jangan tak penuh. Tak penuh aku tumbuk kepala kau guna kurma madu. Okay bye salam.






No comments:

Post a Comment