Selamat malam komrad komisar semua
Harini bebudak spm ambil result. Bosan pulak orang asyik ucap tahniah lah congrats lah. Jadi aku ucapkan semoga anda terseksa dan menyesal kerana bakal memasuki alam universiti atau kolej kelak. Serius talk. Nanti kau dah masuk kolej nanti taulah macamana penyeksaannya. Dengan assignmentnya, studynya, duitnya, masanya. Sebab tu aku tengah tensyen malam ni
Minggu ni aku agak busy sikit sampailah 24 haribulan nanti. Sepanjang tu assignment bertimbun kena hantar. Kena atur majlis dinner kolej apa semua tu. Kekadang aku nak makan pun tak selera. Duit pulak sejak akhir ni mengalir macam darah perajurit di kawasan perang. RM50 tak cukup seminggu. Dulu RM30 pun dah boleh lepas. Lagi pulak bila keluar dengan member. Kalau tak gi makan tak sah. Mengalir lagi duit. Duit minyak apa semua. Mengalir lagi. Job pun kekadang je ada setiap bulan.
Tapi paling aku risaukan bila aku busy je manjang, family dan dia. Mana taknya. Keluar pagi gi kolej. Balik lewat petang. Malam pulak keluar buat 'assignment'. Aku ni jenis kalau buat kerja kena sendiri baru jalan. Kalau reramai memang tak boleh jalan. Borak borak dah makan setengah jam. Makan makan setengah jam. Cari idea setengah jam. Pergi sana sini setengah jam. Time dah serius nak buat kerja waktu pun dah lewat. Mood kerja pun dah berkurang. Last last hapak pun takde hasil. Ini memang ketahian lembu. Bullshit.
Aku setiap hari rasa bersalah dengan si dia tu. Mesej pun kejap kejap je tanya khabar pe semua. Lepastu terkejarkan kerja. Babi punya kerja. Malam baru aku boleh luang masa dengan dia. Itupun waktu lelewat baru free sikit. Lepastu kena tidur awal untuk rutin esok hari pulak. Aku harap sangat dia faham keadaan aku minggu ni. Sangat berharap. Aku nak layan dia macamana sepatutnya. Bukan sekadar hilang bosan. Aku memang betul mengharap kat dia supaya dia tak kecik hati dengan aku. Aku harap lepas semua beban kontena kerja aku dah berakhir aku nak tenangkan jiwa dengan dia. Aku nak jumpa dia walaupun jauh utara sana. Rindu aku kat dia setiap hari tak berkurang. Niat aku dengan dia bukan untuk geli geli ke. Tempat lepas bosan ke. Skandal bagai ke. Niat aku dengan dia, aku nak jaga dia hingga ke akhirat. InsyaAllah. Jika diizinkanNya. Itupun kalau dia sudi untuk aku jaga dia lah. em.
Malam ni aku serius sikit sebab kepala aku dah melayang sakan fikir hal duniawi kolej. Nak taknak kena langgar jela. Kalau tak cemana aku nak sukses. Kalau tak sukses cemana nak cari kerja baik. Kalau tak kerja cemana nak ada duit. Kalau takde duit cemana aku nak tolong family aku. Cemana aku nak jaga dia sebaiknya ? Persoalan yang sentiasa ada dalam palotak aku setiap kali aku rasa malas nak settle hal kerja ni semua.
Work, please be nice to me. or GTFO my life
Salam perajurit
Tahniah suuu , aku sokong kau . Memang seksa :'<
ReplyDeleteTerimakasih. Sedikit sebanyak pengalaman aku hurm
Delete