Monday, 18 March 2013

Kisah dan tauladan 2

Selamat malam

Tahi betul. Memang bila kita taip kat blog ni rasa panjang tapi bila view balik memang pendek ke ? What kind of sorcery is this ?

Berbalik kepada kisah sekolah, Form 1 sampailah Form 3 aku menyambung pelajaran ke High School Batu Pahat. Ya. Sekolah ni terletak di sebelah Gereja tu jugak. Kan aku kata diorang malas nak buat sekolah jejauh. Senang satu tempat je. Dan ya juga, sekolah ni semuanya lelaki. Aku rasa aku dah jadi gay sejati bila sekolah disitu. Dah lah aku ni kecik gile orangnya. Muka pun bak kata senior, 'muka jambu'. Waktu tu aku noob sikit. Ingat muka aku ni bentuk buah jambu je apa. Last last baru perasan diorang lelaki songsang. Shit. Tapi yang anehnya kekecik aku ni pun, sepanjang aku bersekolah tak pernah pulak kena buli. Kena buli dengan cikgu pernah lah. Ada ke disuruhnya aku buat kerja rumah dia bagi

Lupa nak gitau. Makbapak aku ni cikgu. Time tu mak aku cikgu BI kat situ. Bapak aku pulak GPK1 kat situ jugak. Korang tak rasa lagi bila makbapak cikgu. Satu sekolah pulak tu. Nak buat apa apa pun kena jaga jaga. Nak jaga air muka makbapak lah katakan. Alhamdulillah setakat aku kat sana tak terfikir nak buat kerja kerja bodoh selain kerja sekolah. Apa apa yang aku buat aku fikir orang akan perhatikan.

Waktu tu aku serius bukan aku yang sebenar. Ikut je undang undang sekolah secara tertib. Memang aku rimas gila. Tapi dalam skema skema tu ada jugak benda nakal aku buat. Biasalah lelaki kalau tengok perempuan cantik sikit dah gelabah babi. Nak mengorat lah apa lah. Memang tak dapat dinafikan cikgu sekolah aku ramai yang masih muda dan cantik bak bunga teratai layu di tasik madu. Tau jelah budak lelaki kepala pun macam kepala hampagas asyik teringin nak sedut bau wangi. Asal cikgu cantik lalu sebelah mulalah tadah muda dan mengembangkan hidung seperti khinzir kesangapan lumpur. Tapi tu member aku jela. Aku baik orangnya okay

Baik lah sangat. Pergi sekolah pun malas. Asyik kena leter je dengan mak aku setiap pagi nak ke sekolah. Aku kalau taknak pergi sekolah ada satu je sebab. Sebab tak siap kerja sekolah. Aku jenis pantang orang tegur aku suruh buat sesuatu. Kalau orang lahir bulan Oktober macam ni lah. Tapi skema aku tak bertahan lama. Naik form 3 aku dah otak gile sikit. Sebab campur dengan bebudak asrama. Taulah budak asrama macamana kan. Waktu nak PMR tu mulalah slow slow tanduk naik satu per satu. Member aku tanduk memang dah lama ada. Sekarang dah serupa syaitan dah. Masing masing mula bawak handphone. Kalau budak asrama function bawak handphone sebab nak transfer video biru. Tapi aku bawak sebab senang kalau aku cedera ke senang nak call ambulans. Walaupun perkara itu tak pernah terjadi.

Yang ni bangga sikit. Sebodoh bodoh aku time tu pun, PMR aku dapat 7A 1B. Kira okaylah tu kalau nak diikutkan otak aku ni lebih kecil dari matanya. Alhamdulillah papehal aku bersyukur jela. Lagipun satu sekolah tau aku ni hanya budak lemah fikiran yang perlu bimbingan pendidik. Aku ingat aku dapat 4A je

Aduh. Penat sekali lagi membelenggu aku. Okay sambung nanti. Salam

No comments:

Post a Comment