Kolej. Kehidupan selepas melepasi alam agasan. Alam yang aku alami sekarang. Memang tak dinafikan study kolej sangat best. Yelah. Amik kos pun kos cita cita aku dari kecik. Diploma in Computer Graphic Design. Sangat memenuhi impian aku untuk melangkah menjadi seorang pereka grafik. Sekarang aku dah sem 4. Ternyata hidup sebagai seorang kolejen sangat terburu buru dengan assignment bagainya. Tapi disebabkan minat, semua tu aku tempuh dengan riaknya. Siapa je yang tak suka buat kerja yang kita minat kan ? Minat minat jugak tapi yang anehnya ada pulak subjek yang memang takde kaitan langsung dengan grafik. Contohnya pengajian malaysia. sains sukan. jpam. 3 subjek aneh ni aku study hanyalah untuk melepaskan pointer aku. Tapi hampas. Cecukup makan je mampu.
Tapi sem paling aku bangga dan riak serta meninggi dahi ialah masa sem 2. Aku dapat pointer 3.8 bebeh. Ya. Riak yang boleh dikawal. Kakak aku pun tak pernah cecah dekan lagi kahkah. Dapatlah jugak banggakan makbapak aku. Usaha aku nampak juga akhirnya tapi tak lama. Sem 3 menurun gile babi pointer. 3.0. Itu sangat tahi. Aku rasa menurun sebab study semua last minit. Last minit punya last. Sebelum masuk exam baru selak sesikit buku. Betapa biadapnya aku kepada diri aku sendiri.
Member baik kat kolej yang bebetul rapat dengan aku ialah Muqri, Hariz dan Amen. Bila 4 kepala ni bergabung, nescaya keadaan menjadi seperti di taman permainan kanak kanak. Rasanya setakat ni dah banyak 'trend' kitorang wujudkan sampai menjadi ikutan dak dak kolej. Kitorang bahasakan diri masing masing sebagai John. Dan setiap akhir ayat bila kitorang cakap mesti akhirnya ada perkataan John. Tapi dengan slang yang tersendiri. Kalau orang luar dengar mesti fikir kitorang bajet sebab jon jon jon je manjang. Tapi dah memang tradisi. Oh ya. Kitorang memang anak jati Batu Pahat. Sebab tu rapat. Setiap malam keluar makan sesama buat kerja sesama. Dah macam gay terulung. Nak pergi mana mana mesti berempat. Kalau takde sorang, tak jadi lah keluar. Sangat gay. Gay yang boleh diterima umum.
Aku ni memang tak boleh selari dengan topik asal. Mesti terpesong. Aku pun lupa topik asal entry ni pasal apa. Jadi maaf terselit pulak kisah dugong dan patung tiruan kat sini. Maaf.
Bye
Bye
No comments:
Post a Comment