Selamat malam komrad komisar semua
Aku gila game. Aku kaki game. Aku otak game. Jiwa aku adalah separuh realiti separuh maya.
Permainan video ialah sebahagian daripada hidup aku. Kau nyatakanlah apa apa je game. Mungkin aku pernah main. Antara game faveret aku sekarang ialah Far Cry 3. Ini macam aku bagi *sambil menunjukkan isyarat ibu jari tangan tanda bagus* Dari segi grafik memang aku speechless. Nasib baik lappy aku boleh support. Game pun taklah besar sangat dalam 8GB gitu. Game ni buat aku main selama 2 hari straight tanpa menoleh ke belakang mahupun ke atas. Kalau korang belum main lagi ayuhlah cuba. Gerenti puas. Nikmatnya seperti anda berak selepas sehari suntuk menahan dari terkeluar
Tapi satu je game kegilaan remaja sekarang yang aku takkan pernah mungkin sentuh. Aku pandang saja sudah cukup menjelikkan mata aku. Dota. Serius aku tak minat game macamtu. Game yang serabut gile. Tapi peliknya game Red Alert apa semua tu aku boleh terima lagi. Mungkin in-game interfacenya yang buat aku rasa nak muntah bila tengok. Maaf kepada semua Dota addict. Ini pandangan aku jela. Jangan lepasni kau cari aku belasah reramai semata aku kutuk Dota.
Blackshot juga faveret aku untuk kategori permainan video atas talian. Terasa hebat bila aku main. Kalau main jugak, add IGN aku Redmalaysian. Pangkat takdelah tinggi mana pun tapi bolehlah setakat kitai pangkat smiley kahkah. Aku main game ni semua sebab hobi dan juga ketagihan aku sendiri. Tak salah pun kalau nak main game ni lelama tapi kena lah ingat. Ini kata kata dari mak aku sendiri. ''Nak main game lelama tu boleh, tapi rutin harian janganlah lupa macam solat, makan, study apa semua tu''. Tapi kebanyakkan masanya aku keras kepala. Melayan game sampailah selama purata 10 jam sehari. Sangat gian
Aku anggap reader perempuan semua dah blah awal awal sebab aku cerita pasal game. Jadi kepada reader lelaki yang setia membaca sampai sini, aku nak tanya. Perempuan jenis macamana idaman untuk dijadikan bakal isteri anda kelak ?
Maghrib pula. Bye salam
No comments:
Post a Comment