Tuesday, 19 March 2013

Asrama

Selamat malam perajurit semua

Asrama. Aku assume korang pernah duduk asrama. Syok kan ? Kebanyakan benda yang aku buat sekarang ni semuanya bermula kat asrama. Mana taknya. Tinggal berjauhan dengan family lepastu duduk dengan pelbagai aneka manusia dalam satu bilik. Setiap orang pengalaman hidup lain lain. Aku ingat lagi first time aku duk asrama tu malam pertama aku ingat lagi aku disatukan dalam satu katil oleh seorang lelaki berwajah cina. Dia agak sempoi. Tapi tetiap malam aku kena sumbat telinga aku dengan sebiji guli. Asal tidur je dia mengeluarkan bunyian yang agak aneh dan lucah. Faham sendirilah macamana bunyi tu

Masa awal aku duk asrama memang tak dinafikan aku tak boleh tidur. Asyik memikirkan family. Maklumlah tak pernah duk berjauhan sebelum ni. Manja yang orang menyampah. kahkah Weh, ada baiknya aku teringatkan family dari aku suka berjauhan dengan diorang. Pada awalnya memang aku tak boleh masuk langsung dengan peraturan asrama yang aneh dan pelik serta jelik. Tidur kena awal. Solat kena berjemaah setiap kali. Takdelah aneh tapi aku dulu jenis tak kesah pasal solat. Betapa jahilnya aku. Makan kena ikut time. Kalau kat rumah, perut aku ni yang jadi boss badan aku. Kalau lapar mesti cari makanan walaupun ada divider kat depan. Tidur kena awal. Kat rumah, lantak aku nak tidur pukul berapa. Ada jam macam takde je. Lepastu malam kena pergi prep. Aku taktau function prep bagi aku. Sebab kalau prep pun aku lukis lukis, dengar lagu, cucuk perut orang, lepak dalam bilik. makan, dan beraneka perbuatan yang menyongsang dari tujuan asal.

Bila dah lama sikit duk asrama, baru tau selok belok situ. Ada kata tingkat paling atas tetiap malam dengar bunyi perempuan menangis. Pernah ada kes bunuh diri lah. Katil gerak sendiri lah. Apa pun aku bersyukur tak pernah mengalami semua tu. Kalau tak memang aku mohon balik terus.

Serius. Perangai aku bila duk asrama berubah terus seperti gendelangan membawa perang. Bila aku fikir balik peh betapa senangnya aku terpengaruh dengan alam asrama yang seperti penjara tu. Shit. Aku benci asrama. Tapi syok bila lepak dengan kekawan. Otak masing masing masuk air. Lagilah otak aku ni senang bertukar warna. Diorang ni umpama semut yang ketandusan makan. Senang pengaruh aku

Tengoklah aku belajar hisap rokok pun dari Asrama. Asrama memang kejam. Kalau aku dapat Asrama sekarang, memang aku tonyoh muka beliau dengan paku pakis. Ya. Asrama ialah nama sahabat aku waktu tu. Dia memang gile. Ajar aku fly lah. Ponteng kelas lah. Intai dak perempuan lah. Tak percaya nama kawan aku tu Asrama ? Ya. Hang caya hang bodoh.

Member rapat aku masa kat sekolah ni Paley, Azri, Topek, Capek, Kure dan sebagainya. Kalau lihat pada nama mereka memang macam manusia tak berguna. Tapi sebenarnya dioranglah sahabat aku sampai sekarang. Ada jugak yang dah lost contact sebab dah berhijarah ke Mesir dan juga Gangiskhan. Jual maruku. Paley ajar aku hisap rokok. Rokok first aku hisap ialah Nusan. Firsttime asap masuk dalam badan aku memanglah aku terbatuk batuk. Rasa nyesal cuba. Paley beriya suruh try. Tapi dia tak jahat. Dia suruh aku try pun sebab sifat ingin tau terhadap benda yang terlarang sangat tinggi. Masa tu dia ajak aku fly pergi Pantai Puteri. Sangat syok walaupun dia seorang lelaki. Maksud aku lelepak memalam amik angin kat pantai. Jauh dari penjara hidup aku tu. Rasa damai dan tenang tepi pantai walaupun sampah sentiasa terbang ke muka aku

Fuh betapa panjang entry kali ni. Terimakasih kepada yang sudi baca sampai habis. Kenapalah korang nak tau kisah hidup aku ni. Gay ?

To be continued. Walaupun aku taktau bila. Okay bye

No comments:

Post a Comment