Thursday, 21 March 2013

Serius

Selamat malam komrad komisar semua

Harini bebudak spm ambil result. Bosan pulak orang asyik ucap tahniah lah congrats lah. Jadi aku ucapkan semoga anda terseksa dan menyesal kerana bakal memasuki alam universiti atau kolej kelak. Serius talk. Nanti kau dah masuk kolej nanti taulah macamana penyeksaannya. Dengan assignmentnya, studynya, duitnya, masanya. Sebab tu aku tengah tensyen malam ni

Minggu ni aku agak busy sikit sampailah 24 haribulan nanti. Sepanjang tu assignment bertimbun kena hantar. Kena atur majlis dinner kolej apa semua tu. Kekadang aku nak makan pun tak selera. Duit pulak sejak akhir ni mengalir macam darah perajurit di kawasan perang. RM50 tak cukup seminggu. Dulu RM30 pun dah boleh lepas. Lagi pulak bila keluar dengan member. Kalau tak gi makan tak sah. Mengalir lagi duit. Duit minyak apa semua. Mengalir lagi. Job pun kekadang je ada setiap bulan.

Tapi paling aku risaukan bila aku busy je manjang, family dan dia. Mana taknya. Keluar pagi gi kolej. Balik lewat petang. Malam pulak keluar buat 'assignment'. Aku ni jenis kalau buat kerja kena sendiri baru jalan. Kalau reramai memang tak boleh jalan. Borak borak dah makan setengah jam. Makan makan setengah jam. Cari idea setengah jam. Pergi sana sini setengah jam. Time dah serius nak buat kerja waktu pun dah lewat. Mood kerja pun dah berkurang. Last last hapak pun takde hasil. Ini memang ketahian lembu. Bullshit.

Aku setiap hari rasa bersalah dengan si dia tu. Mesej pun kejap kejap je tanya khabar pe semua. Lepastu terkejarkan kerja. Babi punya kerja. Malam baru aku boleh luang masa dengan dia. Itupun waktu lelewat baru free sikit. Lepastu kena tidur awal untuk rutin esok hari pulak. Aku harap sangat dia faham keadaan aku minggu ni. Sangat berharap. Aku nak layan dia macamana sepatutnya. Bukan sekadar hilang bosan. Aku memang betul mengharap kat dia supaya dia tak kecik hati dengan aku. Aku harap lepas semua beban kontena kerja aku dah berakhir aku nak tenangkan jiwa dengan dia. Aku nak jumpa dia walaupun jauh utara sana. Rindu aku kat dia setiap hari tak berkurang. Niat aku dengan dia bukan untuk geli geli ke. Tempat lepas bosan ke. Skandal bagai ke. Niat aku dengan dia, aku nak jaga dia hingga ke akhirat. InsyaAllah. Jika diizinkanNya. Itupun kalau dia sudi untuk aku jaga dia lah. em.

Malam ni aku serius sikit sebab kepala aku dah melayang sakan fikir hal duniawi kolej. Nak taknak kena langgar jela. Kalau tak cemana aku nak sukses. Kalau tak sukses cemana nak cari kerja baik. Kalau tak kerja cemana nak ada duit. Kalau takde duit cemana aku nak tolong family aku. Cemana aku nak jaga dia sebaiknya ? Persoalan yang sentiasa ada dalam palotak aku setiap kali aku rasa malas nak settle hal kerja ni semua.

Work, please be nice to me. or GTFO my life

Salam perajurit

Wednesday, 20 March 2013

Gamer ?

Selamat malam komrad komisar semua

Aku gila game. Aku kaki game. Aku otak game. Jiwa aku adalah separuh realiti separuh maya.

Permainan video ialah sebahagian daripada hidup aku. Kau nyatakanlah apa apa je game. Mungkin aku pernah main. Antara game faveret aku sekarang ialah Far Cry 3. Ini macam aku bagi *sambil menunjukkan isyarat ibu jari tangan tanda bagus* Dari segi grafik memang aku speechless. Nasib baik lappy aku boleh support. Game pun taklah besar sangat dalam 8GB gitu. Game ni buat aku main selama 2 hari straight tanpa menoleh ke belakang mahupun ke atas. Kalau korang belum main lagi ayuhlah cuba. Gerenti puas. Nikmatnya seperti anda berak selepas sehari suntuk menahan dari terkeluar

Tapi satu je game kegilaan remaja sekarang yang aku takkan pernah mungkin sentuh. Aku pandang saja sudah cukup menjelikkan mata aku. Dota. Serius aku tak minat game macamtu. Game yang serabut gile. Tapi peliknya game Red Alert apa semua tu aku boleh terima lagi. Mungkin in-game interfacenya yang buat aku rasa nak muntah bila tengok. Maaf kepada semua Dota addict. Ini pandangan aku jela. Jangan lepasni kau cari aku belasah reramai semata aku kutuk Dota.

Blackshot juga faveret aku untuk kategori permainan video atas talian. Terasa hebat bila aku main. Kalau main jugak, add IGN aku Redmalaysian. Pangkat takdelah tinggi mana pun tapi bolehlah setakat kitai pangkat smiley kahkah. Aku main game ni semua sebab hobi dan juga ketagihan aku sendiri. Tak salah pun kalau nak main game ni lelama tapi kena lah ingat. Ini kata kata dari mak aku sendiri. ''Nak main game lelama tu boleh, tapi rutin harian janganlah lupa macam solat, makan, study apa semua tu''. Tapi kebanyakkan masanya aku keras kepala. Melayan game sampailah selama purata 10 jam sehari. Sangat gian

Aku anggap reader perempuan semua dah blah awal awal sebab aku cerita pasal game. Jadi kepada reader lelaki yang setia membaca sampai sini, aku nak tanya. Perempuan jenis macamana idaman untuk dijadikan bakal isteri anda kelak ?

Maghrib pula. Bye salam

Kekolejan

Selamat petang komrad komisar semua

Kolej. Kehidupan selepas melepasi alam agasan. Alam yang aku alami sekarang. Memang tak dinafikan study kolej sangat best. Yelah. Amik kos pun kos cita cita aku dari kecik. Diploma in Computer Graphic Design. Sangat memenuhi impian aku untuk melangkah menjadi seorang pereka grafik. Sekarang aku dah sem 4. Ternyata hidup sebagai seorang kolejen sangat terburu buru dengan assignment bagainya. Tapi disebabkan minat, semua tu aku tempuh dengan riaknya. Siapa je yang tak suka buat kerja yang kita minat kan ? Minat minat jugak tapi yang anehnya ada pulak subjek yang memang takde kaitan langsung dengan grafik. Contohnya pengajian malaysia. sains sukan. jpam. 3 subjek aneh ni aku study hanyalah untuk melepaskan pointer aku. Tapi hampas. Cecukup makan je mampu.

Tapi sem paling aku bangga dan riak serta meninggi dahi ialah masa sem 2. Aku dapat pointer 3.8 bebeh. Ya. Riak yang boleh dikawal. Kakak aku pun tak pernah cecah dekan lagi kahkah. Dapatlah jugak banggakan makbapak aku. Usaha aku nampak juga akhirnya tapi tak lama. Sem 3 menurun gile babi pointer. 3.0. Itu sangat tahi. Aku rasa menurun sebab study semua last minit. Last minit punya last. Sebelum masuk exam baru selak sesikit buku. Betapa biadapnya aku kepada diri aku sendiri. 

Member baik kat kolej yang bebetul rapat dengan aku ialah Muqri, Hariz dan Amen. Bila 4 kepala ni bergabung, nescaya keadaan menjadi seperti di taman permainan kanak kanak. Rasanya setakat ni dah banyak 'trend' kitorang wujudkan sampai menjadi ikutan dak dak kolej. Kitorang bahasakan diri masing masing sebagai John. Dan setiap akhir ayat bila kitorang cakap mesti akhirnya ada perkataan John. Tapi dengan slang yang tersendiri. Kalau orang luar dengar mesti fikir kitorang bajet sebab jon jon jon je manjang. Tapi dah memang tradisi.  Oh ya. Kitorang memang anak jati Batu Pahat. Sebab tu rapat. Setiap malam keluar makan sesama buat kerja sesama. Dah macam gay terulung. Nak pergi mana mana mesti berempat. Kalau takde sorang, tak jadi lah keluar. Sangat gay. Gay yang boleh diterima umum.

Aku ni memang tak boleh selari dengan topik asal. Mesti terpesong. Aku pun lupa topik asal entry ni pasal apa. Jadi maaf terselit pulak kisah dugong dan patung tiruan kat sini. Maaf.

Bye

Tuesday, 19 March 2013

Asrama

Selamat malam perajurit semua

Asrama. Aku assume korang pernah duduk asrama. Syok kan ? Kebanyakan benda yang aku buat sekarang ni semuanya bermula kat asrama. Mana taknya. Tinggal berjauhan dengan family lepastu duduk dengan pelbagai aneka manusia dalam satu bilik. Setiap orang pengalaman hidup lain lain. Aku ingat lagi first time aku duk asrama tu malam pertama aku ingat lagi aku disatukan dalam satu katil oleh seorang lelaki berwajah cina. Dia agak sempoi. Tapi tetiap malam aku kena sumbat telinga aku dengan sebiji guli. Asal tidur je dia mengeluarkan bunyian yang agak aneh dan lucah. Faham sendirilah macamana bunyi tu

Masa awal aku duk asrama memang tak dinafikan aku tak boleh tidur. Asyik memikirkan family. Maklumlah tak pernah duk berjauhan sebelum ni. Manja yang orang menyampah. kahkah Weh, ada baiknya aku teringatkan family dari aku suka berjauhan dengan diorang. Pada awalnya memang aku tak boleh masuk langsung dengan peraturan asrama yang aneh dan pelik serta jelik. Tidur kena awal. Solat kena berjemaah setiap kali. Takdelah aneh tapi aku dulu jenis tak kesah pasal solat. Betapa jahilnya aku. Makan kena ikut time. Kalau kat rumah, perut aku ni yang jadi boss badan aku. Kalau lapar mesti cari makanan walaupun ada divider kat depan. Tidur kena awal. Kat rumah, lantak aku nak tidur pukul berapa. Ada jam macam takde je. Lepastu malam kena pergi prep. Aku taktau function prep bagi aku. Sebab kalau prep pun aku lukis lukis, dengar lagu, cucuk perut orang, lepak dalam bilik. makan, dan beraneka perbuatan yang menyongsang dari tujuan asal.

Bila dah lama sikit duk asrama, baru tau selok belok situ. Ada kata tingkat paling atas tetiap malam dengar bunyi perempuan menangis. Pernah ada kes bunuh diri lah. Katil gerak sendiri lah. Apa pun aku bersyukur tak pernah mengalami semua tu. Kalau tak memang aku mohon balik terus.

Serius. Perangai aku bila duk asrama berubah terus seperti gendelangan membawa perang. Bila aku fikir balik peh betapa senangnya aku terpengaruh dengan alam asrama yang seperti penjara tu. Shit. Aku benci asrama. Tapi syok bila lepak dengan kekawan. Otak masing masing masuk air. Lagilah otak aku ni senang bertukar warna. Diorang ni umpama semut yang ketandusan makan. Senang pengaruh aku

Tengoklah aku belajar hisap rokok pun dari Asrama. Asrama memang kejam. Kalau aku dapat Asrama sekarang, memang aku tonyoh muka beliau dengan paku pakis. Ya. Asrama ialah nama sahabat aku waktu tu. Dia memang gile. Ajar aku fly lah. Ponteng kelas lah. Intai dak perempuan lah. Tak percaya nama kawan aku tu Asrama ? Ya. Hang caya hang bodoh.

Member rapat aku masa kat sekolah ni Paley, Azri, Topek, Capek, Kure dan sebagainya. Kalau lihat pada nama mereka memang macam manusia tak berguna. Tapi sebenarnya dioranglah sahabat aku sampai sekarang. Ada jugak yang dah lost contact sebab dah berhijarah ke Mesir dan juga Gangiskhan. Jual maruku. Paley ajar aku hisap rokok. Rokok first aku hisap ialah Nusan. Firsttime asap masuk dalam badan aku memanglah aku terbatuk batuk. Rasa nyesal cuba. Paley beriya suruh try. Tapi dia tak jahat. Dia suruh aku try pun sebab sifat ingin tau terhadap benda yang terlarang sangat tinggi. Masa tu dia ajak aku fly pergi Pantai Puteri. Sangat syok walaupun dia seorang lelaki. Maksud aku lelepak memalam amik angin kat pantai. Jauh dari penjara hidup aku tu. Rasa damai dan tenang tepi pantai walaupun sampah sentiasa terbang ke muka aku

Fuh betapa panjang entry kali ni. Terimakasih kepada yang sudi baca sampai habis. Kenapalah korang nak tau kisah hidup aku ni. Gay ?

To be continued. Walaupun aku taktau bila. Okay bye

Kisah dan tauladan 3

Selamat malam bakal perajurit semua

Sambung kisah persekolahan aku. Kalau rasa bosan sangat boleh lah tutup blog ni walaupun aku tak kasi.
Lepas aku PMR tu aku teruskan ke Form 4. Jangan risau. Form 4 ni aku sekolah kat overseas. Macam tak logik kan ? Ya aku pun fikir sangat tak logik. Aku sekolah kat Sekolah Teknik Melaka. Ya. Sangat terasa overseasnya untuk aku. Baru lah rasa duduk asrama. Banyak kisah kat asrama aku lalui. Serius best. Aku rasa bila aku duduk asrama tu baru life aku macam berubah. Berubah banyak gile. Banyak sangat

Satu jelah aku menyesal study kat sini. Kos yang aku amik sangatlah aku tak minat dan diluar bidang dada aku. Kejuruteraan Awam. Serius sangat melencong dengan minat aku. Aku ni lebih kepada bidang seni. Lukis lukis design design gitu. Kalau nak tau awam ni kos berkaitan bina bina rumah gitu. Tapi atas sikit dari buruh binaan. kahkah. Ya aku gelak macam tu. Sila bunuh diri sekarang

Sebenarnya banyak kisah asrama aku nak cerita. Tapi memandangkan entry ni pasal sekolah aku, aku buat kat entry lagi satu. Leceh kan aku ? Sukahati aku. Blog aku. Maaf

Bye.

Monday, 18 March 2013

Kisah dan tauladan 2

Selamat malam

Tahi betul. Memang bila kita taip kat blog ni rasa panjang tapi bila view balik memang pendek ke ? What kind of sorcery is this ?

Berbalik kepada kisah sekolah, Form 1 sampailah Form 3 aku menyambung pelajaran ke High School Batu Pahat. Ya. Sekolah ni terletak di sebelah Gereja tu jugak. Kan aku kata diorang malas nak buat sekolah jejauh. Senang satu tempat je. Dan ya juga, sekolah ni semuanya lelaki. Aku rasa aku dah jadi gay sejati bila sekolah disitu. Dah lah aku ni kecik gile orangnya. Muka pun bak kata senior, 'muka jambu'. Waktu tu aku noob sikit. Ingat muka aku ni bentuk buah jambu je apa. Last last baru perasan diorang lelaki songsang. Shit. Tapi yang anehnya kekecik aku ni pun, sepanjang aku bersekolah tak pernah pulak kena buli. Kena buli dengan cikgu pernah lah. Ada ke disuruhnya aku buat kerja rumah dia bagi

Lupa nak gitau. Makbapak aku ni cikgu. Time tu mak aku cikgu BI kat situ. Bapak aku pulak GPK1 kat situ jugak. Korang tak rasa lagi bila makbapak cikgu. Satu sekolah pulak tu. Nak buat apa apa pun kena jaga jaga. Nak jaga air muka makbapak lah katakan. Alhamdulillah setakat aku kat sana tak terfikir nak buat kerja kerja bodoh selain kerja sekolah. Apa apa yang aku buat aku fikir orang akan perhatikan.

Waktu tu aku serius bukan aku yang sebenar. Ikut je undang undang sekolah secara tertib. Memang aku rimas gila. Tapi dalam skema skema tu ada jugak benda nakal aku buat. Biasalah lelaki kalau tengok perempuan cantik sikit dah gelabah babi. Nak mengorat lah apa lah. Memang tak dapat dinafikan cikgu sekolah aku ramai yang masih muda dan cantik bak bunga teratai layu di tasik madu. Tau jelah budak lelaki kepala pun macam kepala hampagas asyik teringin nak sedut bau wangi. Asal cikgu cantik lalu sebelah mulalah tadah muda dan mengembangkan hidung seperti khinzir kesangapan lumpur. Tapi tu member aku jela. Aku baik orangnya okay

Baik lah sangat. Pergi sekolah pun malas. Asyik kena leter je dengan mak aku setiap pagi nak ke sekolah. Aku kalau taknak pergi sekolah ada satu je sebab. Sebab tak siap kerja sekolah. Aku jenis pantang orang tegur aku suruh buat sesuatu. Kalau orang lahir bulan Oktober macam ni lah. Tapi skema aku tak bertahan lama. Naik form 3 aku dah otak gile sikit. Sebab campur dengan bebudak asrama. Taulah budak asrama macamana kan. Waktu nak PMR tu mulalah slow slow tanduk naik satu per satu. Member aku tanduk memang dah lama ada. Sekarang dah serupa syaitan dah. Masing masing mula bawak handphone. Kalau budak asrama function bawak handphone sebab nak transfer video biru. Tapi aku bawak sebab senang kalau aku cedera ke senang nak call ambulans. Walaupun perkara itu tak pernah terjadi.

Yang ni bangga sikit. Sebodoh bodoh aku time tu pun, PMR aku dapat 7A 1B. Kira okaylah tu kalau nak diikutkan otak aku ni lebih kecil dari matanya. Alhamdulillah papehal aku bersyukur jela. Lagipun satu sekolah tau aku ni hanya budak lemah fikiran yang perlu bimbingan pendidik. Aku ingat aku dapat 4A je

Aduh. Penat sekali lagi membelenggu aku. Okay sambung nanti. Salam

Kisah dan tauladan

Tahun ni dah dekat masuk 20 tahun aku hidup kat dunia penuh sisa ni. Makin lama aku hidup makin banyak kenangan pahit dan manis aku tempuh. Kalau nak cerita kat sini aku rasa aku perlukan lagi 13 mesin jentera untuk aku menaip. Jadi aku ringkaskan menjadi 1 entry. atau 2 entry. atau 3 entry kot. mungkin 4 atau 5 ? mungkin 6 ataupun 17 ratus entry ? Lantak kau. Aku taip bila aku rajin je

Dulu time aku tadika kat St.Henry aku taktau pulak yang tadika tu sebenarnya dalam Gereja. Bukan dalam lah, kira kawasan dalam Gereja. Time tu tadika ada satu tu jelah yang dekat. Takkan budak tadika nak hantar pergi Melaka duduk asrama. Hanya orang cacat akal fikiran terfikir begitu. Nak dijadikan cerita, aku ni seorang budak yang sangat mini saiznya. Orang warga emas pernah berkata, orang yang kecik ni akalnya sangat panjang. Tapi aku rasa akal aku masih diperingkat bayi. Nak selesaikan soalan matematik form 3 pun tak lepas mana nak panjang akalnya.

Bergerak pulak ke alam sekolah rendah aku masih bersekolah di sebelah Gereja tersebut. Ya, taman perumahan aku ni agak malas untuk membina pusat pendidikan yang jauh sikit. Takpe untung kat aku jugak dekat dekat gini. Sekolah Montfort nama diberi. Agak gah kalau diikutkan namanya yang agak Battlefield. Tapi sekolah biasa je. Kecik. Nama pun sekolah rendah. Lagi satu, sekolah tu semua lelaki. Agak kecewa disitu. Selama 6 tahun belajar kat situ ada rasa gay sikit walaupun cikgu kat situ ada yang cecantik. Ada macam Lisa Surihani, Maya Karin, Emma Watson dan tak lupa juga seperti Rajagopal. Maaf cikgu. Best jugaklah sekolah situ walaupun aku ni seorang yang pemalu dan tak rajin bergaul pada awalnya. Serius aku ni pemalu orangnya. Tapi nasib baik jugaklah ada yang sudi menjadi member rapat aku. Meor. Dia ni katanya asal dari England. Tapi aku tengok muka dia macam orang Jawa Tengah pun ada. Dia berhijrah lah gitu. Dialah yang ajar aku jadi kepala gile. Maki maki budak sekolah menengah. Curi ais satu kontena kat kantin. Lari perhimpunan secara berjemaah. Tabur kapur kat kerusi bebudak. Ajar cakap omputih walaupun tak berapa putih. Main judi secara halal (game tikam tu). Beli kan aku bebola ikan sambil makan di padang. Tangkap berudu kat padang. Kekadang aku yang rasa dia forever alone sebab ajak aku buat macam macam. Tapi dia baik orangnya walaupun kadang kadang aku rimas asyik berkepit dah macam couple dah. Time tu aku rasa dia salah jantina.

Okaylah. Lenguh tengok keyboard ni. Nanti aku sambung. Salam

Kenal ke aku ?

Soalan ni diajukan buat reader yang sudi baca blog aku ni. Yelah kalau daftar kat kolej ke apa mesti ada sesi pemecahan ais kan ?  Jadi aku mahu menyatakannya disini

Nama penuh aku Redzal Amri Bin Abd Raob. Nama tak penuh aku Redzal jela. Member realiti ada panggil aku Jal, Red, Kecik, dan Kerb (ni paling pelik). Member alam maya pulak panggil aku Merah, Susu dan juga Amm. Amm ni orang tertentu je panggil aku gitu.  Umur aku baru je masuk 20 tahun bulan 10 ni. Aku orang jadi Batu Pahat. Maklumlah luaskan kuasamu Johor.

Makanan faveret aku nasi goreng cendawan. Kalau takde nasi ni memang aku bakor ketiak pelayan kedai tu. Dan air pulak aku suka air Teh Ais. Air ni sangat magis bagi aku sebab bila aku minum boleh hilangkan dahaga aku. Apa lagi nak membebel ?

Dah lah. Kalau panjang sangat nanti bosan pulak aku baca. Next entry jela

Assalamualaikum

Assalamualaikum. Sebelum apa apa hal berlaku, aku nak cakap yang ini pertama kali aku buat blog. Jadi kalau rasa macam blog ni selekeh atau selebet, minta ampun dan maaf banyak banyak ye

Sebenarnya aku buat blog ni pun niat aku hanyalah untuk mengisi masa lapang dengan membebel kat sini. Yelah kat alam realiti bukan semua benda boleh cerita kat orang kan. Inilah fungsi blog aku. Kalau macam ayat aku skema ke apa ke minta maaf lagi sebab aku takde pengalaman langsung buat blog.

Aku tak aim pun untuk orang lain baca blog aku ni. Blog ni aku anggap aku jelah yang baca. Untuk mengenang kisah kisah lama. Mana tau bila aku dah besar dah kahwin ada anak semua, bila aku baca balik blog aku ni, aku boleh cucuk mata aku guna seterika sebab baca benda entah apa apa kat sini.

Wahai Redzal masa hadapan, ya, inilah kehidupan kau masa tahun 2013. Tengah takde kerja lagi, study lagi, angan angan tinggi lagi. Aku harap kau dah berjaya sekarang. Dah pakai kereta Honda CRZ, rumah banglo 3 tingkat, bela kucing cecomel dan berbagai aneka nikmat kau ada sekarang

Sekian first entry aku. Kalau rasa nak cucuk mata korang tu, dipersilakan sebab korang tak bersalah dalam hal ini. Terima kasih