Wednesday, 4 September 2013

Hikmah

Assalamualaikum komrad komisar semua.

Harini aku agak tensi sikit. Apa yang rancangkan sekian lama tidak tercapai sebab tak dapat keizinan makbapak aku. Kalau aku ni anak derhaka memang aku tak kesah diorang punya izin, aku terus buat apa aku nak. Tapi aku masih ada akal dan tanggungjawab. Benda bodoh gitu aku tak terfikir lagi walau aku dah 20 tahun. Nak kata matang tak sangat cuma aku masih berpegang pada kepercayaan dan kepatuhan. Kalau takde dua benda tu aku rasa sekarang aku ada kat KL dah. Nak taknak aku sabar dan tawakal jelah. Nak buat cemana kan kalau tak dapat izin. Cuma aku kecewa sikit. Banyak sebenarnya. Hikmah Allah luas. Luas sangat. Kalau bukan harini, bila bila ada. Cuma lambat sikit lah. InsyaAllah aku akan berusaha lagi. Amin Ya Rabb.

Salam.

Saturday, 20 July 2013

Puasa

Salam komrad komisar semua.

Berhabuk sampai bersawang dah blog ni. Ni perihal si pemalas lah ni. Suka buat kerja separuh separuh lepastu tinggalkan. Tabiat lama sukar dibendung. Papehal aku nak ucap Selamat Berpuasa kepada semua manusia Islam kat dunia ni walaupun tak seluruh dunia baca blog aku ni. Sedih. Takpelah yang penting hati aku yang menyampaikan secara bingkas dan hermat.

Setakat hari ni dah 12 hari masuk bulan Ramadhan mulia ni. Alhamdulillah penuh lagi. Aku bukan macam diri aku yang dulu time aku sekolah menengah apa semua tu. Sekarang aku dah boleh fikir baik buruk. Dulu jangan kata buruk, dajal pun boleh kot. Yelah kan. What do you expect bila kita berpuasa time kat Asrama? Puasa penuh ? Kelakarlah anda ini. Ingat bulan Ramadhan ni semua syaitan diikat ke ? Yakin dan pasti ? Anda silap. Kat asrama tu antara syaitan syaitan yang terlepas bulan puasa ni. Walaupun fizikal menyerupai manusia berwajah aneh, tapi dalam hati ada kubur. Kalau orang baik dalam hati ada taman kan. Ni ada kubur. Keje menghasut orang je. Tak sah lah kalau time tidur pepetang tu ada je orang sumbat roti ke biskut dalam mulut. Nak taknak kena kunyah terus. Nak luahkan bazir pulak kan ? Telan terus. Korban satu hari puasa. Perangai serupa dajal bawah tanah.

Tapi yang syoknya puasa sejak akhir akhir ni takde pulak rasa lapar ke rasa nak korek hidung dan organ yang lain. Langsung tak lapar. Mulut pun bau kasturi je manjang. Atau mungkin sebab puasa ni aku busy sikit buat kerja. Tu yang tak fokus kat lapar tu. Tapi kalau kat kolej tu batu batu kat jalan tu pun aku bayangkan kismis nenas. Dengan panaih teriknya. Bahangnya perghh. Rasa nak terjun tiruk masuk kolam. Kolam renang takde, kolam najis pun boleh. Tapi aku tak sepengotor itu tahu.

Harini pulak Family aku gi Keyel berbuka dengan akak aku sana. Aku ni bukan taknak ikut. Tapi esoknya Senin aku ada kelas. Aku bukan nak tunjuk baik ke hape. Tapi aku dah berikrar Sem ni aku taknak ponteng langsung. Baik kan aku ? Puih. Pakal je tengah awal awal Sem ni. Tapi aku suka duk rumah sensorang. Sangat syok. Buat apa pun orang tak nampak.ekeke. Fikir apa ? Aku tak buat benda noti noti okay. Aku akan bersiar siar keliling Batu Pahat dengan baby sayang aku namanya Ellysa. Namanya cantik seperti tuannya. Comel angat. Selama ni dia yang teman aku kesana kemari kumari. Tanpa dia aku tak boleh bersiar macam orang gila dapat duit. Bolehlah aku pergi bazaar buat pertama kalinya dalam Ramadhan tahun ni. Macam macam aku nak borong. Dah ada wish list dah. Duit ada semua jalan.hehe

Haish dah lah. Penat aku taip pepanjang. Puasa woi jangan tak penuh. Tak penuh aku tumbuk kepala kau guna kurma madu. Okay bye salam.






Thursday, 21 March 2013

Serius

Selamat malam komrad komisar semua

Harini bebudak spm ambil result. Bosan pulak orang asyik ucap tahniah lah congrats lah. Jadi aku ucapkan semoga anda terseksa dan menyesal kerana bakal memasuki alam universiti atau kolej kelak. Serius talk. Nanti kau dah masuk kolej nanti taulah macamana penyeksaannya. Dengan assignmentnya, studynya, duitnya, masanya. Sebab tu aku tengah tensyen malam ni

Minggu ni aku agak busy sikit sampailah 24 haribulan nanti. Sepanjang tu assignment bertimbun kena hantar. Kena atur majlis dinner kolej apa semua tu. Kekadang aku nak makan pun tak selera. Duit pulak sejak akhir ni mengalir macam darah perajurit di kawasan perang. RM50 tak cukup seminggu. Dulu RM30 pun dah boleh lepas. Lagi pulak bila keluar dengan member. Kalau tak gi makan tak sah. Mengalir lagi duit. Duit minyak apa semua. Mengalir lagi. Job pun kekadang je ada setiap bulan.

Tapi paling aku risaukan bila aku busy je manjang, family dan dia. Mana taknya. Keluar pagi gi kolej. Balik lewat petang. Malam pulak keluar buat 'assignment'. Aku ni jenis kalau buat kerja kena sendiri baru jalan. Kalau reramai memang tak boleh jalan. Borak borak dah makan setengah jam. Makan makan setengah jam. Cari idea setengah jam. Pergi sana sini setengah jam. Time dah serius nak buat kerja waktu pun dah lewat. Mood kerja pun dah berkurang. Last last hapak pun takde hasil. Ini memang ketahian lembu. Bullshit.

Aku setiap hari rasa bersalah dengan si dia tu. Mesej pun kejap kejap je tanya khabar pe semua. Lepastu terkejarkan kerja. Babi punya kerja. Malam baru aku boleh luang masa dengan dia. Itupun waktu lelewat baru free sikit. Lepastu kena tidur awal untuk rutin esok hari pulak. Aku harap sangat dia faham keadaan aku minggu ni. Sangat berharap. Aku nak layan dia macamana sepatutnya. Bukan sekadar hilang bosan. Aku memang betul mengharap kat dia supaya dia tak kecik hati dengan aku. Aku harap lepas semua beban kontena kerja aku dah berakhir aku nak tenangkan jiwa dengan dia. Aku nak jumpa dia walaupun jauh utara sana. Rindu aku kat dia setiap hari tak berkurang. Niat aku dengan dia bukan untuk geli geli ke. Tempat lepas bosan ke. Skandal bagai ke. Niat aku dengan dia, aku nak jaga dia hingga ke akhirat. InsyaAllah. Jika diizinkanNya. Itupun kalau dia sudi untuk aku jaga dia lah. em.

Malam ni aku serius sikit sebab kepala aku dah melayang sakan fikir hal duniawi kolej. Nak taknak kena langgar jela. Kalau tak cemana aku nak sukses. Kalau tak sukses cemana nak cari kerja baik. Kalau tak kerja cemana nak ada duit. Kalau takde duit cemana aku nak tolong family aku. Cemana aku nak jaga dia sebaiknya ? Persoalan yang sentiasa ada dalam palotak aku setiap kali aku rasa malas nak settle hal kerja ni semua.

Work, please be nice to me. or GTFO my life

Salam perajurit

Wednesday, 20 March 2013

Gamer ?

Selamat malam komrad komisar semua

Aku gila game. Aku kaki game. Aku otak game. Jiwa aku adalah separuh realiti separuh maya.

Permainan video ialah sebahagian daripada hidup aku. Kau nyatakanlah apa apa je game. Mungkin aku pernah main. Antara game faveret aku sekarang ialah Far Cry 3. Ini macam aku bagi *sambil menunjukkan isyarat ibu jari tangan tanda bagus* Dari segi grafik memang aku speechless. Nasib baik lappy aku boleh support. Game pun taklah besar sangat dalam 8GB gitu. Game ni buat aku main selama 2 hari straight tanpa menoleh ke belakang mahupun ke atas. Kalau korang belum main lagi ayuhlah cuba. Gerenti puas. Nikmatnya seperti anda berak selepas sehari suntuk menahan dari terkeluar

Tapi satu je game kegilaan remaja sekarang yang aku takkan pernah mungkin sentuh. Aku pandang saja sudah cukup menjelikkan mata aku. Dota. Serius aku tak minat game macamtu. Game yang serabut gile. Tapi peliknya game Red Alert apa semua tu aku boleh terima lagi. Mungkin in-game interfacenya yang buat aku rasa nak muntah bila tengok. Maaf kepada semua Dota addict. Ini pandangan aku jela. Jangan lepasni kau cari aku belasah reramai semata aku kutuk Dota.

Blackshot juga faveret aku untuk kategori permainan video atas talian. Terasa hebat bila aku main. Kalau main jugak, add IGN aku Redmalaysian. Pangkat takdelah tinggi mana pun tapi bolehlah setakat kitai pangkat smiley kahkah. Aku main game ni semua sebab hobi dan juga ketagihan aku sendiri. Tak salah pun kalau nak main game ni lelama tapi kena lah ingat. Ini kata kata dari mak aku sendiri. ''Nak main game lelama tu boleh, tapi rutin harian janganlah lupa macam solat, makan, study apa semua tu''. Tapi kebanyakkan masanya aku keras kepala. Melayan game sampailah selama purata 10 jam sehari. Sangat gian

Aku anggap reader perempuan semua dah blah awal awal sebab aku cerita pasal game. Jadi kepada reader lelaki yang setia membaca sampai sini, aku nak tanya. Perempuan jenis macamana idaman untuk dijadikan bakal isteri anda kelak ?

Maghrib pula. Bye salam

Kekolejan

Selamat petang komrad komisar semua

Kolej. Kehidupan selepas melepasi alam agasan. Alam yang aku alami sekarang. Memang tak dinafikan study kolej sangat best. Yelah. Amik kos pun kos cita cita aku dari kecik. Diploma in Computer Graphic Design. Sangat memenuhi impian aku untuk melangkah menjadi seorang pereka grafik. Sekarang aku dah sem 4. Ternyata hidup sebagai seorang kolejen sangat terburu buru dengan assignment bagainya. Tapi disebabkan minat, semua tu aku tempuh dengan riaknya. Siapa je yang tak suka buat kerja yang kita minat kan ? Minat minat jugak tapi yang anehnya ada pulak subjek yang memang takde kaitan langsung dengan grafik. Contohnya pengajian malaysia. sains sukan. jpam. 3 subjek aneh ni aku study hanyalah untuk melepaskan pointer aku. Tapi hampas. Cecukup makan je mampu.

Tapi sem paling aku bangga dan riak serta meninggi dahi ialah masa sem 2. Aku dapat pointer 3.8 bebeh. Ya. Riak yang boleh dikawal. Kakak aku pun tak pernah cecah dekan lagi kahkah. Dapatlah jugak banggakan makbapak aku. Usaha aku nampak juga akhirnya tapi tak lama. Sem 3 menurun gile babi pointer. 3.0. Itu sangat tahi. Aku rasa menurun sebab study semua last minit. Last minit punya last. Sebelum masuk exam baru selak sesikit buku. Betapa biadapnya aku kepada diri aku sendiri. 

Member baik kat kolej yang bebetul rapat dengan aku ialah Muqri, Hariz dan Amen. Bila 4 kepala ni bergabung, nescaya keadaan menjadi seperti di taman permainan kanak kanak. Rasanya setakat ni dah banyak 'trend' kitorang wujudkan sampai menjadi ikutan dak dak kolej. Kitorang bahasakan diri masing masing sebagai John. Dan setiap akhir ayat bila kitorang cakap mesti akhirnya ada perkataan John. Tapi dengan slang yang tersendiri. Kalau orang luar dengar mesti fikir kitorang bajet sebab jon jon jon je manjang. Tapi dah memang tradisi.  Oh ya. Kitorang memang anak jati Batu Pahat. Sebab tu rapat. Setiap malam keluar makan sesama buat kerja sesama. Dah macam gay terulung. Nak pergi mana mana mesti berempat. Kalau takde sorang, tak jadi lah keluar. Sangat gay. Gay yang boleh diterima umum.

Aku ni memang tak boleh selari dengan topik asal. Mesti terpesong. Aku pun lupa topik asal entry ni pasal apa. Jadi maaf terselit pulak kisah dugong dan patung tiruan kat sini. Maaf.

Bye

Tuesday, 19 March 2013

Asrama

Selamat malam perajurit semua

Asrama. Aku assume korang pernah duduk asrama. Syok kan ? Kebanyakan benda yang aku buat sekarang ni semuanya bermula kat asrama. Mana taknya. Tinggal berjauhan dengan family lepastu duduk dengan pelbagai aneka manusia dalam satu bilik. Setiap orang pengalaman hidup lain lain. Aku ingat lagi first time aku duk asrama tu malam pertama aku ingat lagi aku disatukan dalam satu katil oleh seorang lelaki berwajah cina. Dia agak sempoi. Tapi tetiap malam aku kena sumbat telinga aku dengan sebiji guli. Asal tidur je dia mengeluarkan bunyian yang agak aneh dan lucah. Faham sendirilah macamana bunyi tu

Masa awal aku duk asrama memang tak dinafikan aku tak boleh tidur. Asyik memikirkan family. Maklumlah tak pernah duk berjauhan sebelum ni. Manja yang orang menyampah. kahkah Weh, ada baiknya aku teringatkan family dari aku suka berjauhan dengan diorang. Pada awalnya memang aku tak boleh masuk langsung dengan peraturan asrama yang aneh dan pelik serta jelik. Tidur kena awal. Solat kena berjemaah setiap kali. Takdelah aneh tapi aku dulu jenis tak kesah pasal solat. Betapa jahilnya aku. Makan kena ikut time. Kalau kat rumah, perut aku ni yang jadi boss badan aku. Kalau lapar mesti cari makanan walaupun ada divider kat depan. Tidur kena awal. Kat rumah, lantak aku nak tidur pukul berapa. Ada jam macam takde je. Lepastu malam kena pergi prep. Aku taktau function prep bagi aku. Sebab kalau prep pun aku lukis lukis, dengar lagu, cucuk perut orang, lepak dalam bilik. makan, dan beraneka perbuatan yang menyongsang dari tujuan asal.

Bila dah lama sikit duk asrama, baru tau selok belok situ. Ada kata tingkat paling atas tetiap malam dengar bunyi perempuan menangis. Pernah ada kes bunuh diri lah. Katil gerak sendiri lah. Apa pun aku bersyukur tak pernah mengalami semua tu. Kalau tak memang aku mohon balik terus.

Serius. Perangai aku bila duk asrama berubah terus seperti gendelangan membawa perang. Bila aku fikir balik peh betapa senangnya aku terpengaruh dengan alam asrama yang seperti penjara tu. Shit. Aku benci asrama. Tapi syok bila lepak dengan kekawan. Otak masing masing masuk air. Lagilah otak aku ni senang bertukar warna. Diorang ni umpama semut yang ketandusan makan. Senang pengaruh aku

Tengoklah aku belajar hisap rokok pun dari Asrama. Asrama memang kejam. Kalau aku dapat Asrama sekarang, memang aku tonyoh muka beliau dengan paku pakis. Ya. Asrama ialah nama sahabat aku waktu tu. Dia memang gile. Ajar aku fly lah. Ponteng kelas lah. Intai dak perempuan lah. Tak percaya nama kawan aku tu Asrama ? Ya. Hang caya hang bodoh.

Member rapat aku masa kat sekolah ni Paley, Azri, Topek, Capek, Kure dan sebagainya. Kalau lihat pada nama mereka memang macam manusia tak berguna. Tapi sebenarnya dioranglah sahabat aku sampai sekarang. Ada jugak yang dah lost contact sebab dah berhijarah ke Mesir dan juga Gangiskhan. Jual maruku. Paley ajar aku hisap rokok. Rokok first aku hisap ialah Nusan. Firsttime asap masuk dalam badan aku memanglah aku terbatuk batuk. Rasa nyesal cuba. Paley beriya suruh try. Tapi dia tak jahat. Dia suruh aku try pun sebab sifat ingin tau terhadap benda yang terlarang sangat tinggi. Masa tu dia ajak aku fly pergi Pantai Puteri. Sangat syok walaupun dia seorang lelaki. Maksud aku lelepak memalam amik angin kat pantai. Jauh dari penjara hidup aku tu. Rasa damai dan tenang tepi pantai walaupun sampah sentiasa terbang ke muka aku

Fuh betapa panjang entry kali ni. Terimakasih kepada yang sudi baca sampai habis. Kenapalah korang nak tau kisah hidup aku ni. Gay ?

To be continued. Walaupun aku taktau bila. Okay bye

Kisah dan tauladan 3

Selamat malam bakal perajurit semua

Sambung kisah persekolahan aku. Kalau rasa bosan sangat boleh lah tutup blog ni walaupun aku tak kasi.
Lepas aku PMR tu aku teruskan ke Form 4. Jangan risau. Form 4 ni aku sekolah kat overseas. Macam tak logik kan ? Ya aku pun fikir sangat tak logik. Aku sekolah kat Sekolah Teknik Melaka. Ya. Sangat terasa overseasnya untuk aku. Baru lah rasa duduk asrama. Banyak kisah kat asrama aku lalui. Serius best. Aku rasa bila aku duduk asrama tu baru life aku macam berubah. Berubah banyak gile. Banyak sangat

Satu jelah aku menyesal study kat sini. Kos yang aku amik sangatlah aku tak minat dan diluar bidang dada aku. Kejuruteraan Awam. Serius sangat melencong dengan minat aku. Aku ni lebih kepada bidang seni. Lukis lukis design design gitu. Kalau nak tau awam ni kos berkaitan bina bina rumah gitu. Tapi atas sikit dari buruh binaan. kahkah. Ya aku gelak macam tu. Sila bunuh diri sekarang

Sebenarnya banyak kisah asrama aku nak cerita. Tapi memandangkan entry ni pasal sekolah aku, aku buat kat entry lagi satu. Leceh kan aku ? Sukahati aku. Blog aku. Maaf

Bye.